Sabtu, 9 November 2019 | 12:06am
Anggota penyelamat membawa mangsa banjir di Doncaster. - Foto AFP

Banjir Britain ragut korban pertama

LONDON: Seorang wanita ditemui mati dalam banjir, hari ini, selepas ribut kuat membawa hujan selama sebulan hanya dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan tengah dan utara England.

Polis berkata, mayat wanita itu ditemui berhampiran Sungai Derwent di kawasan Darley Dale di Derbyshire.

“Wanita itu dilaporkan dihanyutkan air banjir di Rowsley dan mayat itu dipercayai wanita sama yang ditemui di Darley Dale,” menurut kenyataan polis.

Puluhan orang terperangkap dalam pusat membeli-belah di bandar Sheffield, semalaman selepas terkandas kerana paras air naik. - Reuters

Berita Harian X