Rabu, 13 November 2019 | 10:49am
John Legend. Foto Reuters

John Legend diumum lelaki paling seksi di dunia

LONDON: Penyanyi dan pelakon, John Legend, 40, diumumkan sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah People semalam.

Legend yang juga bapa kepada dua anak, iaitu hasil perkahwinan dengan model, Chrissy Teigen, adalah artis lelaki kulit hitam pertama, yang menerima Anugerah Emmy, Grammy, Oscar dan Tony (EGOT), atas kejayaannya di layar perak serta nyanyian.

“Saya berasa sangat teruja tetapi pada masa sama bimbang kerana ia memberi banyak tekanan.

“Semua orang sudah pasti akan ‘mengusik’ saya, untuk mengetahui sama ada saya benar-benar seksi untuk memegang gelaran ini.

“Saya (bakal) mengikut jejak langkah Idris Elba, jadi ia tidak adil atau sesuatu yang baik kepada saya,” kata Legend kepada majalah People, ketika merujuk kepada pelakon Britain, Idris Elba yang meraih gelaran itu, tahun lalu.

Pelakon dan penyanyi lain yang pernah menerima gelaran itu adalah Blake Shelton, Chris Hemsworth, Adam Levine, George Clooney dan Channing Tatum. - Reuters

Berita Harian X