X
Ahad, 5 Januari 2020 | 2:43pm
Bekas Pendakwaraya Kanan, Keir Starmer. - Foto Reuters
Bekas Pendakwaraya Kanan, Keir Starmer. - Foto Reuters

Starmer lancar kempen terajui Parti Buruh UK

LONDON: Bekas Pendakwaraya Kanan, Keir Starmer, semalam mengumumkan akan mencabar Jeremy Corbyn, bagi memimpin parti pembangkang Britain, Parti Buruh, dengan memperjuangkan slogan 'golongan tidak berkuasa menentang golongan berkuasa'.

Jurucakap Parti Buruh mengenai Brexit itu, yang dilihat sebagai kelompok tengah parti berkemampuan menarik ahli berhaluan kiri menyokong Corbyn, menyiarkan sebuah video mengenengahkan peranannya dalam sejarah sosial Britain.

Stammer berkata perjuangannya sudah lama, bermula dari isu penutupan lombong hinggalah peperangan di Iraq selain pertembungan dengan Rupert Murdoch dan kini bersedia menentang Perdana Menteri, Prime Boris Johnson dan parti Konservatif pimpinannya.

"Masa depan berbeza mungkin boleh dikecapi, tetapi kita perlu berjuang ke arah itu," katanya.

Tindakan Corbyn mengosongkan jawatannya selepas kejayaan Johnson dalam pilihan raya Disember lalu membuka ruang kepada persaingan kepimpinan yang akan menentukan masa depan parti, selepas berhaluan kiri di bawah Corbyn.

Undian YouGov terkini mengenai ahli parti yang disiarkan dalam akhbar The Guardian menunjukkan Starmer mendapat 61 peratus sokongan, menyaingi jurucakap parti, Rebecca Long-Bailey.

Calon lain yang dikatakan akan bersaing untuk jawatan utama parti itu termasuk jurucakap luar, Emily Thornberry dan pengkritik Corbyn, Jess Phillip. - Reuters

Berita Harian X