Sabtu, 21 March 2020 | 2:49pm
Seorang petugas perubatan tempatan di Wuhan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan setugas dari Jiangsu di Stesen Kereta Api Wuhan. - FOTO CHINA DAILY via REUTERS
Seorang petugas perubatan tempatan di Wuhan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan setugas dari Jiangsu di Stesen Kereta Api Wuhan. - FOTO CHINA DAILY via REUTERS

COVID-19: Perkembangan Wuhan beri harapan kepada dunia - WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengalu-alukan perkembangan di Wuhan, China, yang melaporkan tiada kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam untuk kali pertama, sejak wabak itu tercetus pada Disember lalu.

“Semalam (Kelmarin), Wuhan melaporkan tiada kes baharu untuk kali pertama sejak wabak itu tercetus.

“Wuhan memberikan harapan kepada seluruh dunia bahawa keadaan yang paling teruk sekalipun tetap boleh berubah,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada satu sidang media maya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X