Rabu, 25 March 2020 | 1:39pm
Petugas perubatan bertungkus-lumus merawat pesakit COVID-19. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Petugas perubatan bertungkus-lumus merawat pesakit COVID-19. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

COVID-19: Lebih 372,000 kes jangkitan, 16,000 kematian

MOSCOW: Wabak COVID-19 telah menjangkiti lebih 372,000 orang dan meragut lebih 16,000 nyawa di seluruh dunia, setakat ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan hariannya memaklumkan, jumlah kes kini mencecah 372,757 dengan lebih 195,000 dicatatkan di Eropah.

Jumlah kematian pada peringkat global pula membabitkan 16,231 mangsa, termasuk lebih 10,000 korban di rantau Eropah.

Kes dan kematian paling sedikit dicatatkan di Afrika, iaitu 1,305 jangkitan serta 26 kematian, lapor agensi berita Sputnik.

Dalam tempoh 24 jam lalu, kes jangkitan pertama dilaporkan di Myanmar, Belize, Dominica dan Libya. – BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X