Selasa, 7 April 2020 | 8:38pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

COVID-19: 10 bayi baru lahir positif

BUCHAREST: Hospital bersalin di Romania disiasat selepas 10 bayi yang baru dilahirkan positif COVID-19.

Mereka dipercayai dijangkiti oleh petugas kesihatan di situ.

"Ibu mereka disahkan negatif tetapi bayi diuji positif dan kita menjangka mereka dijangkiti oleh petugas kesihatan," kata Menteri Kesihatam, Nelu Tataru dalam temu bual di Antena 3 TV, lewat malam tadi.

Bayi berkenaan difahamkan tidak mempunyai simptom dan mereka kecuali seorang sudah pulang ke rumah untuk melakukan kuarantin.

Tataru juga mendakwa insiden itu berpunca daripada petugas kesihatan dan lembaga kesihatan awam setempat (DSP).

Difahamkan juga, ketua DSP itu sudah dipecat. - AFP

Sudah ada 4,400 kes COVID-19 di Romania dan 180 kematian. Kira-kira 700 jangkitan berlaku dalam kalangan petugas kesihatan.

Berita Harian X