X
Ahad, 19 April 2020 | 9:18pm
Lebih daripada 2.33 juta kes diisytiharkan di 193 negara dan wilayah sejak pertama kali penularan COVID-19 dilapor berlaku di China Disember lalu. - Foto hiasan
Lebih daripada 2.33 juta kes diisytiharkan di 193 negara dan wilayah sejak pertama kali penularan COVID-19 dilapor berlaku di China Disember lalu. - Foto hiasan

COVID-19: 2.33 juta kes jangkitan, 160,685 kematian seluruh dunia

PARIS: Jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia hari ini meningkat kepada 160,685 kes, menurut sumber rasmi.

Lebih daripada 2.33 juta kes diisytiharkan di 193 negara dan wilayah sejak pertama kali penularan COVID-19 dilapor berlaku di China Disember lalu, manakala sekurang-kurangnya 518,900 pesakit kini disahkan pulih.

Bagaimanapun, angka dikumpul daripada pihak berkuasa setiap negara berkenaan dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu mungkin hanya sebahagian daripada jumlah keseluruhan sebenar kes.

Amerika Syarikat (AS) yang muncul negara paling teruk terjejas akibat COVID-19, merekodkan 735,287 kes, 39,090 kematian dan sekurang-kurangnya 66,819 pesakit pulih.

Itali, negara kedua paling teruk terjejas dengan virus itu mencatatkan 23,227 kematian dan 175,925 kes yang disahkan.

Ia disusuli Sepanyol yang merekodkan 20,453 kematian dan 195,944 kes disahkan, manakala Perancis pula 19,323 maut dan 151,793 kes serta Britain 15,464 terkorban dan 114,217 kes.

China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau pula mengisytiharkan 4,632 kematian dan 82,735 kes.

Eropah mencatatkan 1.15 juta kes dan 101,493 kematian, manakala AS dan Kanada bersama mempunyai 768,670 kes dengan 40,619 kematian.

Asia pula merekodkan 162,256 kes dengan 6,951 kematian, manakala Timur Tengah pula 122,819 kes dengan 5,559 kematian; Amerika Latin dan Caribbean (98,202 kes dengan 4,915 kematian); Afrika (21,165 kes dengan 1,058 kematian) dan Oceania (7,879 kes dengan 90 kematian). - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X