Selasa, 21 April 2020 | 10:33pm

COVID-19: Berlin wajibkan topeng muka dalam pengangkutan awam

BERLIN: Ibu negara Jerman, Berlin menyertai beberapa negeri persekutuan, hari ini mengumumkan bahawa ia akan menjadikan topeng pelindung diwajibkan untuk pengangkutan awam, dalam usaha menghentikan penularan COVID-19.

Berikutan pengumuman serupa dari negeri-negeri termasuk Baden-Wuerttemberg, Hamburg dan Hesse, Datuk Bandar Berlin, Michael Mueller, mengatakan kepada wartawan bahawa ‘untuk berupaya melindungi orang’ dalam kereta api, bas dan trem, pemerintah bandaraya mahu menjadikan ‘melindungi hidung dan mulut adalah wajib mulai 27 April’. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X