Khamis, 21 Mei 2020 | 9:07am

Lebih 100 positif COVID-19 di rumah sembelih di Perancis

RENNES, PERANCIS: Lebih daripada 100 orang yang diuji di sebuah rumah sembelih di barat Perancis, positif COVID-19, kata pihak berkuasa kesihatan wilayah, pada hari Rabu.

Kes itu berlaku selepas wabak COVID-19 di kilang daging tidak hanya di Perancis, tetapi juga di Jerman, Sepanyol, Australia, Amerika Syarikat dan Brazil, di mana mereka cenderung bekerja berdekatan.

Sebanyak 109 individu telah diuji positif COVID-19, iaitu penyakit yang disebabkan oleh virus itu di rumah penyembelihan di Cotes d'Armor selepas ujian gelombang kedua, kata pihak berkuasa kesihatan wilayah ARS, dalam satu kenyataan.

Katanya, seramai 818 orang diuji di kilang itu.

Mereka yang didiagnosis menghidap penyakit itu dihubungi oleh firma insurans pekerja yang sudah mengenal pasti semua kontak mereka yang berisiko terkena penyakit itu.

Mereka juga diwajibkan menjalani dua minggu kuarantin, selain diambil ujian dan memakai pelitup muka, kata ARS.

Menurut laman webnya, pengendali kilang Kermene, menjelaskan bahawa ia membekalkan pasar raya E Leclerc dengan daging dan produk daging lain. -AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X