Ahad, 24 Mei 2020 | 10:04am

COVID-19: Lebih 5.25 juta kes, 339,000 kematian seluruh dunia

PARIS: Angka jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 5.25 juta kes dengan lebih 339,000 kematian, menurut penjumlahan daripada sumber rasmi yang dikumpulkan AFP, setakat jam 7 malam tadi.

Sejak wabak itu tercetus di China pada Disember tahun lalu, sebanyak 5,260,970 kes jangkitan dan 339,758 korban telah direkodkan di 196 negara serta wilayah.

Angka terkini itu menunjukkan bilangan jangkitan di seluruh dunia telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh sebulan, dengan 250,000 kes baharu direkodkan dalam tempoh kurang tiga hari.

Sejak jam 7 malam kelmarin, sebanyak 4,179 korban dan 100,671 jangkitan baharu direkodkan di seluruh dunia.

Daripada jumlah itu, negara yang mencatatkan bilangan kematian tertinggi ialah Brazil (1,001), diikuti Amerika Syarikat (AS) (989) dan Mexico (479). - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X