Isnin, 25 Mei 2020 | 6:44am
Sekumpulan lelaki mengunjungi sebuah bar di Canal Saint-Martin di Paris selepas kerajaan Perancis melonggarkan arahan perintah berkurung bagi membendung COVID-19. - Foto AFP
Sekumpulan lelaki mengunjungi sebuah bar di Canal Saint-Martin di Paris selepas kerajaan Perancis melonggarkan arahan perintah berkurung bagi membendung COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: 5.3 juta kes positif seluruh dunia

PARIS: Jumlah kes positif COVID-19 kini melebihi 5.37 juta di 196 negara di di seluruh dunia, sumber rasmi memberita AFP.

Daripada jumlah itu, seramai 2.01 juta kes sudah pulih sepenuhnya direkodkan manakala angka kematian terus mencatatkan peningkatan hampir 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.63 juta.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Rusia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.

Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia pula kini melepasi 343,700 kes.

Tiga negara kini melepasi angka 30,000, dengan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 97,000 kes.

United Kingdom (UK) dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 36,000 dan 32,000 kes.

Manakala negara keempat dan kelima adalah Sepanyol dan Perancis dengan masing-masing merekodkan 28,000 kes. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X