Isnin, 25 Mei 2020 | 8:53am
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. - Foto AFP
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson. - Foto AFP

COVID-19: Sekolah di UK dibuka secara berfasa bermula Jun

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan sekolah di negara itu akan dibuka dengan berfasa mulai bulan depan.

Beliau berkata, pelajar sekolah menengah Tahun Satu dan Tahun Enam akan mula bersekolah pada 1 Jun ini, sebagai sebahagian daripada fasa kedua pengurangan arahan perintah berkurung , lapor agensi berita The Guardian.

"Pelajar sekolah menengah yang akan menduduki peperiksaan pada tahun 10 dan 12 pula akan memulakan beberapa segmen pengajian pada 15 Jun ini," katanya.

Johnsaon juga berkata, penjarakan sosial akan digalakkan dengan mengurangkan jumlah pelajar dalam bilik darjah dan melaksanakan beberapa waktu rehat.

Kehadiran pelajar pada waktu pagi juga akan dipelbagaikan untuk memastikan penjarakan sosial.

Katanya, saringan akan dilakukan ke atas semua kanak-kanak, pekerja sekolah dan keluarga mereka jika mereka menunjukkan simptom.

Sebelum itu, Johnson turut mengakui dan mengambil maklum reaksi pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, ibu bapa dan guru yang menolak cadangan kerajaan untuk membuka semua sesi persekolahan mulai 1 Jun kerana tindakan itu terlalu awal berikutan wabak COVID-19 masih tinggi di negara itu.

"Kita akui adalah mustahil untuk membuka sesi persekolahan serentak pada 1 Jun ini tetapi kerajaan akan terus mmemberi sokongan dan bekerjasama dengan sektor berkaitan bagi memastikan pengurusan sekolah yang menghadapi kesulitan dapat membuka semula sekolah secepat mungkin." katanya. - Agensi.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X