Selasa, 26 Mei 2020 | 10:29am
Penasihat utama Perdana Menteri Britain, Dominic Cummings pada sidang media selepas tiba di rumahnya di London. - Foto AFP
Penasihat utama Perdana Menteri Britain, Dominic Cummings pada sidang media selepas tiba di rumahnya di London. - Foto AFP

Cummings tolak desakan letak jawatan

LONDON: Penasihat utama Perdana Menteri Britain Boris Johnson, Dominic Cummings menolak desakan untuk meletak jawatan atas dakwaan

melanggar perintah berkurung dan perlekeh usaha kerajaan menangani COVID-19.

Cummings yang juga pengatur kempen Brexit memberitahu wartawan bahawa beliau bertindak 'secara wajar dan sah' ketika dia memandu merentas negeri

dengan isterinya yang dijangkiti COVID-19 pada awal April.

Britain ketika itu mencatatkan ratusan kematian setiap hari dan mengikuti peraturan perintah berkurung yang ketat di mana setiap individu mesti berkurung di rumah sekurang-kurangnya seminggu walaupun mengalami gejala yang sedikit.

"Saya tidak menawarkan diri untuk meletak jawatan. Tidak, saya tidak menimbangkannya, "kata Cummings yang kelihatan gugup pada sidang media pertamanya.

"Dalam situasi yang sangat rumit ini, saya berusaha membuat pertimbangan sebaik mungkin. Saya percaya bahawa dalam semua keadaan saya berkelakuan wajar dan sah," katanya.

Cummings tidak meminta maaf atas tingkah lakunya tetapi menyesal kerana tidak meminta kebenaran daripada Johnson yang ketika itu dimasukkan di hospital kerana dijangkiti COVID-19, untuk melakukan perjalanan ketika negara berada dalam fasa paling ketat.

"Boleh dikatakan, ini adalah kesalahan dan saya faham bahawa ada yang berkata saya seharusnya berbicara dengan Perdana Menteri sebelum memutuskan apa yang harus dilakukan," kata Cummings.

Skandal itu timbul ketika Cummings mengambil keputusan memandu ke rumah ibu bapanya ketika dia dan isteri sakit dan ia mengancam untuk melemahkan Johnson dalam menghadapi darurat kesihatan yang meragut hampir 37,000 nyawa.

Johnson pada Isnin lalu mengumumkan semua perniagaan boleh dibuka semula pada 15 Jun ini, tetapi semuanya tidak diendahkan oleh stesen televisyen dan akhbar yang terkesan oleh tindakan Cummings yang dilihat sebagai penjawat awam paling berkuasa pada era zaman moden yang memperjuangkan kehidupan politiknya.

Beliau pernah menjadi kecaman banyak pihak kerana peranannya dalam menyusun kempen Brexit 2016 yang akhirnya menyaksikan Britain menarik diri daripada Kesatuan Eropah.

Bagaimanapun beliau tetap menjadi penasihat yang dipercayai dengan membantu Johnson menjadi Perdana Menteri dan kemudian mengatur penangguhan Britain keluar daripada blok Eropah.

Ahli politik semua lapisan disertai oleh pakar saintifik bahkan beberapa anggota paderi turut mengutuk Cummings kerana melanggar peraturan.-AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X