X
Sabtu, 20 Jun 2020 | 10:30am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Angka kematian global melepasi 457,000

PARIS: Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat sebanyak 6,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global kini mencapai 457,190, mengikut data Johns Hopkins University.

Sementara itu berdasarkan data dikumpul AFP daripada pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 118,758 kematian daripada 2,205,307 kes. Sekurang-kurangnya 599,115 pesakit sembuh.

Sekurang-kurangnya 8,555,330 kes coronavirus dilaporkan di 196 negara dan wilayah dengan sekurang-kurangnya 3,952,400 kes pulih.

Negara kedua yang mencatatkan kes tertinggi adalah Brazil dengan 47,748 kematian daripda 978,142 kes; Britain (42,461 kematian daripada 301,815 kes); Itali (34,561 kematian daripada 238,011 kes) dan Perancis dengan 29,617 kematian daripada 195,953 kes.

China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau mengisytiharkan 4,634 kematian dan 83,325 jangkitan dengan 78,398 pulih.

Eropah pula secara keseluruhannya merekodkan 191,932 kematian daripada 2,489,195 kes; AS dan Kanada (127,145 kematian dengan 2,305,872 jangkitan); Amerika Latin dan Caribbean (89,327 kematian daripada 1,887,950 kes); Asia (27,563 kematian daripada 963,782 kes); Asia Barat (12,994 kematian daripada 618,797 jangkitan); Africa (7,538 kematian daripada 280,922 kes) dan Oceania (131 kematian daripada 8,817 kes). - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X