Ahad, 2 Ogos 2020 | 9:38am
SIASATAN sedang dijalankan terhadap Ahli Parlimen Konservatif UK berkaitan tuduhan merogol. Foto hiasan
SIASATAN sedang dijalankan terhadap Ahli Parlimen Konservatif UK berkaitan tuduhan merogol. Foto hiasan

Ahli Parlimen Konservatif ditahan tuduhan merogol

LONDON: Seorang ahli Parlimen dan bekas menteri dari Parti Konservatif yang berkuasa di Britain ditahan selepas pembantu parlimen menuduhnya melakukan pemerkosaan, serangan seksual dan kawalan paksaan.

Polis Metropolitan dalam kenyataannya menjelaskan siasatan sudah dimulakan ke atas ahli politik tidak dinamakan itu.

"Pada Jumaat lalu, Metropolitan Police Service menerima tuduhan berkaitan dengan empat kejadian berasingan yang membabitkan tuduhan melakukan kesalahan seksual dan serangan.

"Seorang lelaki berusia 50-an ditahan, semalam kerana disyaki memperkosa. Dia sudah dibebaskan dengan jaminan untuk kembali pada tarikh pertengahan Ogos," menurut anggota polis.

Akhbar Sunday Times turut melaporkan dan menyatakan bahawa tuduhan itu turut diketengahkan pegawai kanan parti Konservatif.

Dalam kenyataan jurucakap Konservatif yang dipetik oleh Press Association, berkata, pihaknya memandang serius semua tuduhan dan memandangkan kini dalam siasatan polis, pihaknya tidak mahu mengulas lanjut. - AFP

Berita Harian X