Khamis, 29 November 2018 | 10:30am
Presiden Russia, Vladimir Putin. - Foto AP

Akaun Twitter 'Putin' disekat

MOSCOW: Syarikat Twitter Inc menyekat akaun seorang pengguna yang menyamar sebagai Presiden Russia, Vladimir Putin menerusi platform media sosial syarikat itu.

“Kami menyekat akaun @putinRF_eng kerana didapati menyamar selepas mendapat aduan rasmi daripada pihak berkuasa Russia,” kata kenyataan syarikat itu.

Jurucakap Twitter, Ian Plunkett menerusi e-mel berkata, akaun yang disekat itu tidak mempunyai kaitan dengan Putin.

Berdasarkan arkib imej akaun itu, ia didaftarkan pada November 2012, mempunyai lebih satu juta pengikut dan berkongsi kebanyakan pautan rasmi aktiviti Putin bersama orang ramai.

Bagaimanapun, Reuters tidak dapat menghubungi Kremlin untuk mendapatkan ulasan lanjut. - Reuters

Berita Harian X