Khamis, 13 Februari 2020 | 6:41pm
Permintaan minyak dunia akan mengalami kejatuhan suku tahunan pertamanya dalam tempoh satu dekad apabila virus COVID-19 menyerang ekonomi di China. - Foto AFP

COVID-19 sebabkan kejatuhan pertama penggunaan minyak dalam sedekad - IEA

PARIS: Permintaan minyak dunia akan mengalami kejatuhan suku tahunan pertamanya dalam tempoh satu dekad apabila virus COVID-19 menyerang ekonomi di China dan impaknya merebak di seluruh dunia, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), hari ini.

"Permintaan minyak global telah terjejas oleh COVID-19 dan penutupan ekonomi China yang meluas," kata IEA dalam laporan bulanan terbarunya.

"Permintaan sekarang dijangka turun 435,000 tong tahun-ke-tahun pada suku pertama tahun 2020, penurunan suku tahunan pertama dalam tempoh lebih 10 tahun" ketika ia jatuh semasa krisis ekonomi global, tambahnya. - AFP

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X