Isnin, 23 March 2020 | 9:53pm
Satu keluarga memakai topeng mulut dan hidung di tebing Sungai Han dengan latar belakang Seoul. - Foto AFP
Satu keluarga memakai topeng mulut dan hidung di tebing Sungai Han dengan latar belakang Seoul. - Foto AFP

COVID-19: Jualan peralatan komputer meningkat

SEOUL: Permintaan dan pasaran peralatan computer, termasuk komputer riba semakin meningkat berikutan kawalan pergerakan yang dilaksanakan kebanyakan negara bagi membendung penularan COVID-19.

Arahan dikeluarkan kerajaan masing-masing supaya setiap rakyat yang terjejas dengan COVID-19 mula bekerja dari rumah, menyumbang kepada peningkatan permintaan barang elektronik.

Syarikat Samsung Electronics hari ini mencatatkan kenaikan sebanyak 20 peratus bagi eksport semikonduktor.

Menurut penganalisis Cape Investment & Securities, Park Sung-soon, perkhidmatan internet turut mencatatkan peningkatan, memandangkan kebanyakan pekerja dan pelajar kini terpaksa bekerja dan belajar dari rumah.

Peningkatan perkhidmatan telekomunikasi di Amerika Syarikat dan China antara penyumbang kepada permintaan yang tinggi.

Selain itu, penggunaan pengkomputeran awan (cloud computing) turut meningkatkan penjualan cip pelayan.

Bagaimanapun, kebimbangan bagi memenuhi permintaan menyebabkan harga penjualan bagi barang elektronik juga naik secara mendadak.

Kira-kira 60 peratus pengilang barang elektronik memaklumkan berlaku kelewatan sehingga tiga minggu bagi memenuhi permintaan pengguna.

Lebih separuh daripada pengilang barang elektronik itu juga berkata, permintaan dan perniagaan hanya akan kembali pulih menjelang Julai, manakala selebihnya menjangka keadaan menjadi lebih baik sekurang-kurangnya Oktober nanti. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X