X
Sabtu, 9 Mei 2020 | 10:35am
Foto hiasan.
Foto hiasan.

Pemanasan global: Aras laut naik 1.3 meter pada 2100

PARIS: Paras laut dijangka meningkat sebanyak 1.3 meter menjelang 2100 seandainya permukaan bumi lebih hangat 3.5 darjah celsius, demikian amaran saintis.

Menjelang 2300, apabila lapisan ais yang melitupi kawasan Antartika Barat dan Greenland akan menumpahkan bertrilion-trilion tan jisim, paras laut boleh meningkat sehingga lebih lima meter dan membentuk semula sempadan pantai seluruh dunia.

Perkara itu dilaporkan setelah menjalankan tinjauan sesama penyelidik membabitkan lebih daripada 100 pakar terkemuka.

Kira-kira 10 peratus penduduk dunia atau 770 juta orang, hari ini hidup di darat kurang dari lima meter di atas permukaan air pasang.

Matlamat perjanjian iklim Paris untuk mengatasi pemanasan global di bawah 2 darjah celsius tercapai, jika paras air laut yang sangat besar boleh naik dua meter pada 2300, menurut kajian dalam jurnal 'Climate Atmospheric Science'.

Purata suhu permukaan bumi meningkat lebih 1 darjah celsius sejak era praindustri, satu penanda aras yang digunakan secara meluas untuk mengukur pemanasan global.

Pengarang bersama yang juga Ketua Sistem Analisis Bumi di Institut Kajian Impak Iklim Potsdam (PIK), Stefan Rahmstorf, berkata sudah jelas sekarang bahawa anggaran kenaikan paras laut sebelumnya terlalu rendah.

Unjuran baharu untuk kedua-dua horizon 2100 dan 2300 jauh lebih tinggi, jika dibanding dengan Panel Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (IPCC), termasuk laporan khas mengenai lautan yang dikeluarkan pada September.

"IPCC cenderung untuk lebih berhati-hati dan konservatif. Itu sebabnya ia harus beberapa kali diperbaiki," kata Rahmstorf. - AFP

Berita Harian X