Sabtu, 9 Mei 2020 | 11:17am
Foto hiasan.
Foto hiasan.

COVID-19: Gabungan tiga ubat bantu pesakit pulih

PARIS: Penyelidik di Hong Kong mendapati pesakit COVID-19 dengan gejala ringan pulih dengan cepat, jika mereka dirawat menggunakan tiga jenis antiviral.

Pengarang kajian berkenaan menerbitkan dapatan itu di Lancet, iaitu pusat sumber pada Jumaat sambil menyifatkan penemuan itu "meskipun awal tapi penting".

Mereka meminta supaya penyelidikan berskala besar terhadap pesakit kritikal untuk memastikan jika kombo ubat-ubatan itu berdaya maju sebagai rawatan.

Penyelidik di Universiti Hong Kong, Prof Kwow Yung Yuen, yang mengetuai penyelidikan itu berkata, ujian menunjukkan rawatan biasa hingga sederhana COVID-19 pada peringkat awal dengan gabungan tiga antiviral dengan cepat, dapat mengurangkan jumlah virus dalam tubuh pesakit.

Beliau berkata, rawatan itu yang selamat untuk pesakit menunjukkan ia boleh melegakan gejala dan mengurangkan risiko petugas kesihatan dengan mengurangkan tempoh serta kuantiti virus (apabila virus itu dapat dikesan dan berpotensi menular).

Saintis sedang berlumba-lumba mengenal pasti ubat yang berkesan untuk digunakan bagi melawan COVID-19, tetapi sekarang ini belum ada rawatan, penawar dan vaksin.

Kajian yang dijalankan turut menjejaki virus dalam tubuh 127 orang dewasa yang dimasukkan ke enam hospital di Hong Kong selepas mereka diuji positif.

Daripada jumlah itu, 86 pesakit diberikan tiga jenis ubatan dalam tempoh dua minggu, merangkumi beta-1b, iaitu sejenis ubat bagi merawat pelbagai sklerosis, ubat HIV seperti lopinavir-ritonavir dan ribavirin untuk merawat hepatitis.

Kumpulan kawalan yang terdiri daripada 41 orang diberi kombinasi lopinavir-ritonavir secara rawak.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X