Isnin, 11 Mei 2020 | 1:29pm
Mercedes milik bapa remaja berusia 19 tahun disita pihak berkuasa selama seminggu. (Gambar Twitter)
Mercedes milik bapa remaja berusia 19 tahun disita pihak berkuasa selama seminggu. (Gambar Twitter)

Remaja 19 tahun memecut lebih 300 km/j, lesen memandu digantung

MONTREAL: Seorang remaja 19 tahun didakwa memandu secara berbahaya dengan memecut pada kelajuan 'luar biasa' di sebuah lebuh raya Ontario, kata polis Kanada pada Ahad.

"Ini ialah kelajuan terpantas yang saya pernah dengar," kata pegawai polis wilayah Ontario, Kerry Schmidt dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Twitter.

Kelajuan luar biasa, kita bercakap mengenai kelajuan 308 kilometer sejam (km/j)," katanya.

Pemandu itu, yang ditemani seorang lagi lelaki sebaya, memandu Mercedes bapanya pada lewat malam Sabtu lalu di Lebuhraya Ratu Elizabeth.

Lesen memandunya segera digantung dan kenderaan itu disita selama 7 hari.

"Ini benar-benar mengejutkan untuk sesiapa saja memandu selaju ini," kata Schmidt sambil menambah pemandu lain membunyikan hon bagi menyuarakan kepuasan mereka ketika polis memberhentikan kereta dipandu pemuda itu.

Berita Harian X