Jumaat, 19 Jun 2020 | 9:40am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Jumlah kematian setakat ini 450,386 orang, jumlah kes 8,410,400

PARIS: COVID-19 sehingga kini sudah membunuh sekurang-kurangnya 450,386 orang sejak ia mula tersebar di China bulan Disember lalu, menurut data dari sumber rasmi yang disusun oleh AFP.

Selain itu, kira-kira 8,410,400 kes dilaporkan di 196 buah negara di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, dianggarkan 3,866,200 pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, data yang dikumpulkan oleh AFP dari pihak berkuasa nasional dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah sebenar jangkitan.

Ini memandangkan kebanyakan negara hanya menguji kes-kes simptomatik atau yang paling serius saja.

Amerika Syarikat (AS) antara negara paling terjejas teruk dengan 118,057 kematian daripada 2,173,804 kes dan sekurang-kurangnya 592,191 pulih, diikuti Brazil dengan 46,510 kematian daripada 955,377 kes; Britain dengan 42,288 kematian daripada 300,469 kes; Itali sebanyak 34,514 kematian dari 238,159 kes dan Perancis sebanyak 29,603 kematian dari 195,142 kes.

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau mengisytiharkan 4,634 kematian daripada 83,293 jangkitan dengan 78,394 pulih.

Eropah secara keseluruhannya merekodkan 190,185 kematian daripada 2,471,745 kes; AS dan Kanada sebanyak 126,405 kematian dari 2,273,952 jangkitan; Amerika Latin dan Caribbean 86,723 kematian dari 1,840,488 kes; Asia 26,990 kematian dari 938,635 kes; Asia Barat 12,730 kematian dari 606,444 kes; Afrika 7,222 kematian dari 270,355 kes dan Oceania 131 kematian dari 8,784 kes.

Bagaimanapun, angka ini mungkin tidak sesuai digunakan sebagai perhitungan berikutan data yang lewat dan tidak dikemaskini dalam tempoh 24 jam oleh pihak berkuasa negara masing-masing. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X