Sabtu, 1 Disember 2018 | 3:40pm
AIMAN Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson. - Foto NSTP

Zahirah, Aiman terpaut hati?

KUALA LUMPUR: Selepas episod cinta terlerai bersama aktor, Zul Ariffin, pelakon jelita, Zahirah Macwilson, 23, dikaitkan pula menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani.

Hubungan Zahirah dan Nik Iruwan dapat dihidu kira-kira tiga bulan cinta bersama Zul terkubur. Dengan selamba, mereka mempamerkan detik mesra bersama menerusi Instagram.

Malah, Nik Iruwan turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan mereka menyambut ulang tahun bersama-sama di sebuah restoran mewah. Apa salahnya, kedua-duanya pun masih solo.

“Kami tiada apa-apa hubungan. Saya hanya menganggapnya abang dan kawan. Saya tidak takut gosip hubungan dengannya kerana kami memang berkawan sahaja. Saya sebenarnya lebih suka lelaki tinggi lampai,” katanya, baru-baru ini.

Terkini, Zahirah dikatakan terpaut hati dengan aktor tinggi lampai, Aiman Hakim Ridza, bermula di laman sosial. Malah, menurut sumber, Zahirah menunjukkan sikap mengambil berat terhadap Aiman dengan menghantar makanan yang sedap-sedap kepada jejaka kacak berkenaan.

Apabila Aiman memuat naik gambar makanan dalam Insta Story, yang kononnya dihantar seseorang, ramai meneka tentulah Zahirah yang berbuat demikian.

Menguatkan gosip mereka dilamun cinta apabila sumber daripada kelab peminat Zahirah seperti mengesahkan gadis manis terbabit dan Aiman sedang berkawan.

‘Pengesahan’ itu bermula dengan insiden Aiman yang baru-baru ini dikatakan bersikap kurang ajar dan biadap terhadap seorang wartawan yang ingin menemubualnya.

Luahan tidak puas hati terhadap pelakuan Aiman yang sombong dan bongkak itu dimuat naik dalam laman sosial. Tanpa disangka, wartawan berkenaan mendapat mesej peribadi daripada seseorang yang mendakwa dirinya ahli kelab peminat Zahirah.

Katanya, dia berharap Aiman dapat belajar daripada Zahirah untuk bersikap lebih baik apabila berdepan dengan wartawan.

Untuk gosip penuh, dapatkan akhbar BH hari ini!

Berita Harian X