Khamis, 20 Julai 2017 | 12:14pm

Lagu Despacito tak ke udara lagi di RTM

PUTRAJAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

"Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu itu di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta " katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Sebelum ini, ada pihak yang meminta supaya penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X