Isnin, 16 Oktober 2017 | 9:30am
Harvey Weinstein.- Foto fail AFP

Anugerah Legion d'Honneur Harvey Weinstein dibatalkan

PARIS: Perancis akan menarik balik anugerah Legion d'Honneur yang diberikan kepada pengarah kontroversi Hollywood, Harvey Weinstein.

"Saya sudah mengambil beberapa langkah perlu bagi membatalkan anugerah Legion d'Honneur yang diterima oleh Weinstein yang kini berdepan tuduhan gangguan seksual, meraba dan merogol beberapa wanita," kata Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam satu temubual yang disiarkan secara langsung di televisyen.

Weinstein menerima anugerah tertinggi Perancis, Legion d'Honneur pada 2012 atas sumbangan syarikat yang ditubuhkan bersama-sama adiknya, Bob, iaitu Miramax dalam memasarkan filem asing di Amerika Syarikat.

Pada Khamis lalu, Florence Darel, 49, mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan Weinstein dan beliau pelakon keempat Perancis yang membuat membuat dakwaan itu.

Sebelum ini, tiga lagi pelakon iaitu bintang filem Bond, Lea Seydoux, Judith Godreche dan Emma de Caunes turut mengemuka dakwaan yang sama. - AFP

819 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »