Jumaat, 15 November 2019 | 8:49pm
PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi (duduk tiga kiri) bersama ahli seniman di Mesyuarat Agung dan Pemilihan Jawatankuasa SENIMAN di FINAS, Hulu Klang. NSTP/Salhani Ibrahim
PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi (duduk tiga kiri) bersama ahli seniman di Mesyuarat Agung dan Pemilihan Jawatankuasa SENIMAN di FINAS, Hulu Klang. NSTP/Salhani Ibrahim

Zed Zaidi kekal Presiden SENIMAN

KUALA LUMPUR: Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi penggal 2019-2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Seniman Ke-18, hari ini.

Setiausaha Agung SENIMAN, Mohd Hafiz Mohd Nafiah dalam kenyataan berkata mesyuarat yang berlangsung di Pawagam Mini P. Ramlee FINAS, Hulu Klang itu dihadiri 115 ahli berdaftar SENIMAN.

Katanya, pada mesyuarat itu, pelakon Zuraini Kassim juga menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi (tengah) di Mesyuarat Agung dan Pemilihan Jawatankuasa SENIMAN di FINAS, Hulu Klang. NSTP/Salhani Ibrahim
PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi (tengah) di Mesyuarat Agung dan Pemilihan Jawatankuasa SENIMAN di FINAS, Hulu Klang. NSTP/Salhani Ibrahim

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi (hadapan empat kanan) bersama ahli seniman di Mesyuarat Agung dan Pemilihan Jawatankuasa SENIMAN di FINAS, Hulu Klang. NSTP/Salhani Ibrahim
PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi (hadapan empat kanan) bersama ahli seniman di Mesyuarat Agung dan Pemilihan Jawatankuasa SENIMAN di FINAS, Hulu Klang. NSTP/Salhani Ibrahim

Tambahnya mesyuarat pertama barisan kepimpinan SENIMAN itu akan diadakan dalam masa terdekat untuk melantik tiga lagi exco tambahan.

– BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X