Selasa, 17 March 2020 | 8:32am
Idris Elba mengaku sedang dikuarantin selepas didapati positif COVID-19. - Foto Reuters
Idris Elba mengaku sedang dikuarantin selepas didapati positif COVID-19. - Foto Reuters

COVID-19: Idris Elba kena kuarantin

LONDON: Pelakon British, Idris Elba mengaku sedang dikuarantin selepas didapati positif COVID-19.

Mengumumkan perkara itu di Twitter, Idris 47, mendakwa dia tidak mengalami sebarang simptom tetapi dikuarantin selepas dipercayai terdedah kepada virus berkenaan.

“Saya rasa okay. Saya tidak ada simptom tetapi perlu diasingkan selepas mendapati ada kemungkinan saya terdedah kepada virus berkenaan.

“Untuk semua, duduk sahaja di rumah dan jadi pragmatik,” katanya melalui Tweet, semalam.

Pelakon filem Mandela : Long Walk to Freedom itu berjanji akan memaklumkan perkembangan kesihatannya dari semasa ke semasa.

“Usah panik,” katanya.

Pada perkongsian itu, Idris memuat naik video bersama isterinya, Sabrina.

Elba berkata, Sabrina berada dalam keadaan baik dan tidak disahkan positif COVID-19. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X