Jumaat, 20 March 2020 | 1:29pm
Daniel Dae Kim.
Daniel Dae Kim.

Pelakon Hawaii 5-O positif COVID-19

LOS ANGELES: Pelakon Daniel Dae Kim yang terkenal dalam siri televisyen Hawaii 5-0 mendedahkan ujian pengesahan coronavirusnya positif.

Dae Kim yang bercakap dari kediamannya di Hawaii mengumumkan berita itu melalui hantaran dan video dalam Instagram.

“Semalam, saya didiagnosis dengan COVID-19, penyakit yang disebabkan coronavirus. Saya berharap semuanya baik-baik tetapi saya mahu berkongsi perjalanan ini dengan anda semua dengan harapan ia berguna atau dapat membantu.

“Saya berharap anda semua menjaga kesihatan dan bertenang,” tulis Dae Kim.

Dae Kim, 51, berkata, beliau berada di New York, baru-baru ini, untuk penggambaran siri televisyen dan kembali ke Hawaii apabila produksi ditutup.

Beliau mula sakit dan melakukan kuarantin sendiri serta dinasihatkan untuk menjalani ujian di Honolulu.

Dae Kim melakonkan watak Leftenan Chin Ho Kelly dalam Hawaii 5-O dan turut dikenali melalui watak nelayan Korea yang menjadi pembunuh upahan, Jin-Soo Kwon dalam siri televisyen Lost.

Beliau menjadi antara selebriti yang mengisytiharkan dijangkiti coronavirus seperti Tom Hanks dan Idris Elba; pelakon Game of Thrones, Kristofer Hivju; bintang bola keranjang, Kevin Durant dan bekas pelakon James Bond, Olga Kurylenko. - Reuters

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X