Jumaat, 4 Ogos 2017 | 3:49pm
PELAKON, Lufya Omar dan suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharom. - Foto Rohanis Shukri
PELAKON, Lufya Omar dan suami, Che Muhammad Hafiz Che Baharom. - Foto Rohanis Shukri

Kandungan besar, netizen sangka Lufya sudah sarat

KUALA LUMPUR: Pelakon, Lufya Omar, mengakui bayi yang dikandungnya dilihat lebih besar walau baru mencecah lima bulan dua minggu hingga disangka hampir tarikh bersalin.

Lufya yang mendirikan rumah tangga dengan doktor, Che Muhammad Hafiz Che Baharom, pada November tahun lalu berkata, berdasarkan pemeriksaan berat kandungannya kini hampir satu kilogram.

"Saya sendiri hairan apabila ramai orang bertanya, adakah saya sudah sarat mengandung? Sebenarnya ia baru mencapai trimester kedua, iaitu memasuki lima bulan dua minggu.

"Tetapi perut saya memang besar sikit berbanding wanita lain yang hamil pada tempoh ini. Mungkin ia disebabkan baka keluarga saya yang bersaiz besar," seloroh Lufya ketika dihubungi BH Online.

Tambah Lufya, beliau menganggap amalannya yang mengambil pemakanan sunnah seperti madu, kurma ajwa, susu kambing dan zafran membuatkan kandungannya lebih besar berbanding kehamilan wanita lain.

Selain itu, beliau yang mengakui seronok melalui pengalaman kehamilan berkata, sepanjang tempoh terbabit selera makannya juga dilihat semakin bertambah.

"Sekarang saya memang berselera menjamah apa juga juadah. Malah, selain mengamalkan makanan sunnah, saya turut menggemari aneka hidangan Jepun.

"Gemuk pun gemuklah. Paling penting, bayi saya sihat dan cukup sifat. Selepas bersalin nanti, saya tidak sabar berpantang," ujarnya yang enggan mendedahkan jantina anaknya.

Berita Harian X