Isnin, 7 Ogos 2017 | 4:03pm
AFIFAH Nasir (empat kiri) brsama peguamnya, Sana Tufil Ahmad (dua kiri) serta teman lelaki, Wan Arif (duduk tiga kanan) pada sidang akhbar berhubung kontroversi membabitkan hubungannya dengan pelakon, Aliff Aziz. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Produksi Izinkan Aku Mencintaimu akan jawab

KUALA LUMPUR: Produksi drama Izinkan Aku Mencintaimu akan mengulas dakwaan berperanan berhubung kontroversi Aliff Aziz dan Afifah Nasir dalam tempoh terdekat.

Penerbit Eksekutif Mahligai Serimas Sdn Bhd yang hanya dikenali sebagai Cik Li memberitahu, mereka akan mengadakan sidang media berkaitan perkara itu.

"No komen. Tunggu sidang media kami dalam waktu terdekat," katanya.

Afifah menerusi sidang media yang diadakan di sini, hari ini, mendakwa menjadi mangsa keadaan apabila pihak produksi drama itu 'mempergunakan' dirinya dalam usaha memujuk Aliff melancarkan proses penggambaran naskhah terbabit.

Drama Izinkan Aku Mencintaimu buat julung kali menggandingkan bakat baharu berkenaan dan Aliff sebagai teraju utama.

Kontroversi tercetus apabila kedua-dua pelakon terbabit didakwa menjalinkan hubungan apabila isteri Aliff, Bella Astillah, menemui mereka berdua-duaan di sebuah pusat karaoke, baru-baru ini.

Berita Harian X