X
Jumaat, 11 Ogos 2017 | 11:36am
MIRA dan zizan ketika penggambaran telefilem Jula Juli Bintang Cinta.
MIRA dan zizan ketika penggambaran telefilem Jula Juli Bintang Cinta.
Mira Filzah
Mira Filzah

`Mira hanya bagi sokongan'

KUALA LUMPUR: Kehadiran Mira Filzah pada malam gala filem Abang Long Fadil 2 yang ditunjangi Zizan Razak di GSC Pavillion, di sini, malam tadi, menguatkan spekulasi hubungan intim mereka.

Tersenyum ketika ditanya tujuan kehadirannya pada majlis itu, Mira yang ditemani pembantu peribadi dan pengurus memberitahu, dia sekadar memberi sokongan kepada filem tempatan.

"Saya datang atas jemputan Skop Productions. Kebetulan Zizan berlakon, akan ada tafsiran itu dan ini. Sebelum ini pun saya datang beri sokongan filem Kau Yang Satu arahan abang Osman Ali.

MIRA dan zizan ketika penggambaran telefilem Jula Juli Bintang Cinta.
MIRA dan zizan ketika penggambaran telefilem Jula Juli Bintang Cinta.

"Sebagai orang seni, saya percaya kita perlu sokong-menyokong. Itu tanda komitmen kita.

"Insya-Allah, lepas ini saya akan datang beri sokongan untuk filem Kau Takdirku pula," katanya.

Ditanya mengenai filem arahan Syafiq Yusof itu yang akan ditayangkan bermula 24 Ogos depan, Mira terhibur dengan penyampaian naskhah cerita berkenaan.

"Saya enjoy menonton cerita ini. Penuh aksi dan komedi. Teringin juga berlakon cerita macam ini. Siapa tahu rezeki saya dapat berlakon cerita begitu," kata pengacara Mahligai Cinta itu.

Berita Harian X