Selasa, 29 Ogos 2017 | 7:00pm
SUFIAN Suhaimi dan Elfira Loy bakal bertunang Oktober ini.- Foto fail Saifullizan Tamadi

Sufian, Elfira bertunang Oktober

KUALA LUMPUR: Aktres Elfira Loy, 23, mengumumkan bakal bertunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi, Oktober ini.

Elfira atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri memberitahu, majlis pertunangan akan diadakan di rumahnya di Cheras.

"Insya-Allah kami akan bertunang Oktober ini, ...cuma tarikhnya belum ada.

"Ayah kami akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai," katanya kepada BH Online.

Ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk, Maydan di sebuah hotel di sini, sebentar tadi, Elfira berkata, dia belum membuat persiapan untuk hari bahagia itu.

"Berdebar juga rasanya sebab tidak pernah melalui situasi seperti ini," katanya.

Sebelum ini, pelakon drama Waktu Rehat ini dirisik keluarga Sufian, Jun lalu.

Berita Harian X