Isnin, 23 Oktober 2017 | 1:44am
SHAHIR mengulangi kenyataan dan hasratnya mahu melamar Erra Fazira, tahun depan. - Foto NSTP

Shahir janji lamar Erra Fazira tahun depan


SHAHIR dikerumi wartawan pada sidang akhbar selepas berakhirnya AF Megastar, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Tampil di hadapan media buat pertama kali selepas dihambat kontroversi dengan gadis dikenali sebagai Mona, penyanyi Shahir Zawawi, mengulangi kenyataan dan hasratnya mahu melamar Erra Fazira, tahun depan.

Shahir, 29, memberitahu, dia menganggap gosip yang mengaitkannya dengan Mona atau nama penuhnya, Mona Syamimi Mohd Samsudin sebagai asam garam dunia seni.

"Ini bukan kali pertama saya berdepan dengnm gosip begini, jadi saya tidak terkesan apabila timbul perkara ini.

"Saya masih Shahir yang sama, jadi tetap berhasrat untuk melamar Erra. Alhamdulillah, sebagai artis, dia juga faham apabila timbul perkara begini," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya AF Megastar, di sini.

Mengenai kemungkinan dia berhubung dengan Mona selepas kontroversi tercetus:

"Rasanya tidak perlu untuk saya menghubungi dia (Mona) kerana minggu ini terlalu terikat dengan minggu akhir menjelang AF Megastar," katanya.


AKSI Shahir di konsert akhir AF Megastar di Royal Teater Shah Alam. - Foto Zunnur Al Shafiq

Juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, menegaskan dia tidak akan menghilangkan diri apabila diuji gosip.

Sebelum ini, gambar Shahir dengan Mona tersebar di media sosial, bagaimanapun, penyanyi itu menafikan hubungan mereka.

Mona mendakwa, dia dan Shahir menjalin hubungan yang disifatkannya lebih daripada artis dan peminat.

10629 dibaca
Berita Harian X