Khamis, 7 Disember 2017 | 7:58am
Pelakon, Ezzaty Abdullah (kiri) bersama suami, Azwan Kombos. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Ezzaty dapat bayi perempuan

KUALA LUMPUR: Pelakon Ezzaty Abdullah selamat melahirkan puteri sulung hasil perkongsian hidupnya dengan Azwan Kombos, kira kira jam 10.27 malam tadi.

Bayi comel itu dilahirkan secara normal di Hospital Pusrawi, di sini dengan berat 2.9 kilogram.

"Pengalaman berada dalam bilik bersalin selama 28 jam menjadi kenangan dan pengajaran buat saya dan suami.

"Ia cukup indah untuk dikenang. Insya-Allah kehadiran puteri ini menjadi pelengkap rumah tangga saya dan suami.

"Semoga dia menjadi anak yang solehah dan berguna," katanya kepada BH Online.

Ezzaty memberitahu, ibu bapanya yang sedang mengerjakan umrah di Makkah turut melakukan solat hajat untuk memudahkan proses bersalin.

"Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah anak saya sihat," katanya.

Ketika ini, pasangan itu belum berkongsi nama dan gambar anak mereka.

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.

5312 dibaca
Berita Harian X