Sabtu, 9 Disember 2017 | 4:50pm
AISYA Hasnaa selamat diijabkabulkan dengan Muhammad Yasir Azizan pada majlis ringkas di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Instagram @aisyahasnaa

Bekas teman sekolah jodoh Aisya Hasnaa

KUALA LUMPUR: Pertemuan semula pada awal tahun ini tanpa disangka menemukan jodoh pelakon, penyanyi dan pengacara, Aisya Hasnaa, 27, dengan teman lama, Muhammad Yasir Azizan, 29, yang dikenalinya sejak di bangku sekolah menengah.

Pasangan yang melangsungkan pertunangan pada 2 September lalu selepas lima bulan berkenalan selamat diijabkabulkan pada majlis ringkas yang berlangsung di Surau Al Barakah, Menara Bank Rakyat, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Dinikahkan Imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Ustaz Haji Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafiz, Aisya atau nama sebenarnya, Aisyah Hasnaa Umaruddin menerima mas kahwin RM300, selain wang hantaran RM15,000.

Bercerita detik perkenalan mereka, Aisya yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Kau Takdirku berkata, mereka sudah saling mengenali sejak usianya 13 tahun kerana belajar di sekolah yang sama.

"Dulu kami tidak rapat kerana dia agak pendiam, sedangkan saya pula gila-gila. Agak lama kami membawa haluan masing-masing. Apabila melihat kami masih belum mempunyai pilihan hati, kakak dan kawannya cuba menemukan semula kami.

"Sejak kembali bertemu, kami cuba mengenali antara satu sama lain. Tidak disangka, di sebalik sikap pendiam, dia sebenarnya kelakar. Disebabkan kami mudah serasi dan akhirnya mengambil keputusan bertunang pada 2 September lalu," katanya.

Aisya berkata, suaminya bertugas sebagai pakar analisis dan strategi di sebuah bank. Pasangan itu akan diraikan dalam satu majlis resepsi di ibu kota esok.

Berita Harian X