Sabtu, 16 Disember 2017 | 4:22pm
FAZLEY berkongsi skil menyediakan juadah Negeri Sembilan dalam program atas talian, Anak Rembau Ke Australia. - Foto Gambar Ihsan Fazley Yaakob.

Fazley promosi juadah Negeri Sembilan di Australia

KUALA LUMPUR: Institusi seni kulinari dan pengurusan hotel terkemuka, Le Cordon Bleu (LCB) memilih penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 39, mengepalai siri masakan dalam talian, Anak Rembau Ke Australia yang memaparkan aneka juadah negeri itu kepada pelayar internet.

Fazley yang mengusahakan kafe, SukaSucre Bistro memberitahu, dia menjayakan lima episod dengan setiap satunya berdurasi hampir empat minit membabitkan penggambaran di Adelaide, Sydney dan Melbourne.

"Saya pernah ke Sydney sebelum ini bagi menganjurkan kelas masakan juadah Negeri Sembilan. Melihatkan itu, LCB menyedari ada kekurangan cef yang memfokuskan masakan Asia Tenggara berbanding juadah negara China, Thailand, Vietnam, Jepun dan Korea.

"Mereka yakin saya boleh mula mempopularkan hidangan Melayu dengan resipi tempat kelahiran saya kepada penuntut LCB dan orang ramai," katanya kepada BH Online.

Program Anak Rembau Ke Australia dibawa secara eksklusif oleh LCB Paris dan Australia serta ditaja Mazola Cooking Oil dengan kerjasama Astra Holidays.

Sebelum ini, Fazley mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Anugerah Alumni Paling Cemerlang pada Malam Gala Alumni LCB pada 18 September lalu.

Berkongsi pengalaman menjayakan penggambaran program Anak Rembau Ke Australia selama seminggu, Fazley berkata, antara yang tidak dapat dilupakan adalah insiden bahan mentah yang dibawa dibuang kakitangan Perkhidmatan Perlindungan Sempadan dan Kastam Australia.

"Bahan mentah yang dibawa ditahan dan dibuang bagi mengelak keracunan atau pencemaran terhadap hasil tanaman mereka.

"Saya juga berdepan pelajar Asia yang tidak tahu cara mengopek kelapa bagi mengeluarkan air dan isinya. Malah, ada yang tidak pernah memegang kelapa segar terutama mereka yang berasal dari Hong Kong dan China." katanya.

Episod pertama Anak Rembau Ke Australia dimuat naik di laman YouTube, malam tadi.

Berita Harian X