Isnin, 25 Disember 2017 | 7:05pm
Selebriti, Nad Zainal dan suami Muhammad Faliq Amiruddin pada Majlis Aqiqah Fahad Ibrahim anak beliau di Casa Ombak, Jalan Damai, Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Amirudin Sahib

Nad bulan madu bawa anak

KUALA LUMPUR: Pelakon Nad Zainal teruja untuk 'terbang' ke Korea Selatan bersama suami, Faliq Amirudin dan anak mereka, Fahad Ibrahim, lusa.

Sebelum ini, perancangan bercuti pada musim sejuk di negara 'Winter Sonata' itu sering tertangguh dek kesibukan mereka. Lantas, rezeki kali ini dianggap percutian bulan madu bagi pasangan ini.

Akui Nad, beliau juga bakal menyambut tahun baharu di Korea Selatan.

"Selama ini, saya dan suami cuba hendak bercuti di lokasi jauh. Tambah seronok, 'honeymoon' kali ini ditemani anak sulung.


Majlis Aqiqah Fahad Ibrahim anak kepada Selebriti, Nad Zainal bersama suami Muhammad Faliq Amiruddin di Casa Ombak, Jalan Damai, Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Amirudin Sahib

"Gementar pun ada kerana membawa anak kecil," katanya kepada BH Online.

Nad berkata, beliau tidak sabar melawat beberapa lokasi menarik yang selama ini viral di laman sosial.

"Saya akan bercuti puas-puas kerana akan kembali sibuk di pentas seni, awal tahun depan," katanya.

Mengenai perkembangan dunia perniagaan, pengeluar jenama produk Audela ini mengakui teruja dapat mengajak lebih 200 pelajar universiti dan suri rumah menyertai kempen Pink Troopers, yang dilancarkan pada 11 November lalu.


Majlis Aqiqah Fahad Ibrahim anak kepada Selebriti, Nad Zainal bersama suami Muhammad Faliq Amiruddin di Casa Ombak, Jalan Damai, Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Amirudin Sahib

"Kita mahu bantu pelajar ini timba pengalaman sebelum tamat sekolah atau pengajian.

"Kita mahu mereka ada keyakinan, termasuk dalam soal bercakap, sekali gus meyakinkan pembeli untuk membeli produk yang dijual," katanya.

Berita Harian X