Sabtu, 27 Januari 2018 | 3:43pm

Finalis AJL32 di SOGO hari ini

KUALA LUMPUR: Bahang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 yang akan berlangsung bulan depan dihangatkan lagi dengan sesi ramah mesra tiga finalisnya hari ini, di Tapak Busking, pusat beli-belah SOGO.

Acara yang bermula tengah hari hingga 5 petang ini membabitkan Hazama, Haqiem Rusli dan Azmi Caliph Buskers.

Selain sesi ramah mesra, turut diadakan rakaman episod Muzik Muzik.

Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka ialah Buta, Sejati, Roman Cinta, Aku Yang Sebenar, Di Amaran Mama, Jatuh Bangun dan Tergantung Sepi.

AJL32 yang mempertanding 12 lagu ciptaan komposer tanah air akan berlangsung pada 11 Februari depan. Selain Hazama, Caliph Buskers dan Haqiem, antara artis lain yang turut bersaing ialah Dayang Nurfaizah, Syamel, Khai Bahar dan Hael Husaini.

Bagi orang ramai yang ingin menonton siaran langsung dan merasai sendiri bahang kemeriahan AJ 32, mereka dijemput hadir ke Axiata Arena Bukit Jalil pada 9 Februari 2018 (Jumaat) untuk mendapatkan tiket.

Kaunter akan dibuka bermula jam 3 hingga 5 petang.

KUMPULAN Caliph Buskers membuat persembahan Busking Finalis AJL32 di Dataran Sogo. - Foto Mahzir Mat Isa
PENYANYI Haqiem Rusli bersama kumpulan Caliph Buskers membuat persembahan Busking Finalis AJL32 di Dataran Sogo. - Foto Mahzir Mat Isa
PENYANYI Hazama bersama kumpulan Caliph Buskers membuat persembahan Busking Finalis AJL32 di Dataran Sogo. - Foto Mahzir Mat Isa
Berita Harian X