Khamis, 22 Februari 2018 | 9:55am
NORA dan suami menyambut kelahiran anak lelaki mereka, pagi ini di sebuah hospital swasta, di Kuala Lumpur.

Nora Danish dapat bayi lelaki

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish, 35, selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.

Detik manis itu dikongsi teman baik Nora, Betty Rahmad yang memuat naik video aktres jelita itu dan suami, Nedim Nazri yang kelihatan sedang mengendong bayi mereka, melalui aplikasi Insta Stories pada Instagram.

Video itu dikongsi kira-kira 20 minit lalu. Betty turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu sambil menyatakan bayi dilahirkan adalah lelaki.

BH Online sedang mendapatkan butiran lanjut daripada bintang Makrifat Cinta itu mengenai kelahiran anak keduanya itu.

33946 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »