Khamis, 22 Februari 2018 | 11:06am

'Terima kasih atas doa semua' - Nedim


NEDIM berkongsi gambar anak hasil perkongsian hidupnya dengan Nora Danish. - Foto Instagram Nedim

KUALA LUMPUR: Nedim Nazri iaitu suami bintang jelita, Nora Danish, bersyukur isterinya selamat melahirkan bayi lelaki, 9.02 pagi tadi di Pusat Perubatan Prince Court

Bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan dengan berat 3 kilogram.

Melalui perkongsian Insta Stories pada Instagram, Nedim mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan isterinya selamat bersalin.

"Syukur Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki... Kami akan tunjukkan wajahnya, tidak lama lagi.

"Terima kasih untuk doa semua," katanya dalam nada teruja.

Nedim turut berkongsi keadaan isterinya yang stabil selepas melahirkan putera sulung mereka.


NORA bersama Nedim. - Foto fail NSTP/Aziah Azmee

Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki.

Berita kelahiran bayi sulung pasangan ini dikongsi teman baik Nora, Betty Rahmad yang memuat naik video aktres jelita itu dan Nedim yang kelihatan sedang mengendong bayi mereka, melalui aplikasi Insta Stories, pagi tadi.

Berita Harian X