X
Ahad, 8 April 2018 | 7:11pm
Penyanyi dan Penyampai Kool FM, Haiza Hanafi. - Foto Munira Abdul Ghani
Penyanyi dan Penyampai Kool FM, Haiza Hanafi. - Foto Munira Abdul Ghani

Masih sayang tugas di konti - Haiza

KUALA LUMPUR: Biarpun kata orang, darah peniaga mengalir dalam tubuh, apatah lagi ibu sendiri mengusahakan restoran sejak tiga dekad lalu, Haiza Hanafi, belum bersedia meninggalkan dunia seni.

Mula mengusahakan produk sendiri atas jenama My Haiza, penyanyi dan penyampai radio ini menyusun jadual kerja sistematik bagi membolehkan perniagaan dan tugas di konti lancar.

"Saya berniaga untuk pelaburan masa depan. Jadi, selagi tidak mengganggu kerjaya, tiada masalah.

"Baru-baru ini, saya berniaga di Singapura dan pulang ke rumah sebaik selesai. Saya tiba jam 4.30 pagi, terus bersiap dan bersedia masuk ke konti Kool FM," katanya kepada BH Online.

Haiza berkata, komitmennya sebagai penyampai radio tidak pernah dipandang enteng.

"Jadi saya perlu uruskan jadual dengan baik supaya tidak bertindih. Lebih menyenangkan, rakan sekerja dan stesen radio membantu saya melakukan banyak benda serentak.

Penyanyi dan Penyampai Kool FM, Haiza Hanafi. - Foto Munira Abdul Ghani
Penyanyi dan Penyampai Kool FM, Haiza Hanafi. - Foto Munira Abdul Ghani

"Alhamdulillah... Kerja keras mencari rezeki ini bukanlah usaha saya saja, sebaliknya seluruh pasukan. Syukur semua perancangan lancar," katanya.

Pengendali segmen pagi Kool FM itu menambah, dia didedahkan dengan dunia perniagaan oleh ibu yang mengusahakan restoran sejak 30 tahun lalu.

Namun, minat menghasilkan produk sendiri tercetus sejak Haiza mencipta nama sebagai penyanyi.

"Sejak kecil lagi sudah terdedah dengan bidang perniagaan kerana melihat bagaimana emak mengusahakan restoran. Apabila jadi penyanyi, tiba-tiba saya dapat inspirasi menghasilkan produk sendiri.

Penyanyi dan Penyampai Kool FM, Haiza Hanafi bersama suami, Norhanapfe Omar dan anaknya, Iman. - Foto Munira Abdul Ghani
Penyanyi dan Penyampai Kool FM, Haiza Hanafi bersama suami, Norhanapfe Omar dan anaknya, Iman. - Foto Munira Abdul Ghani

"Secara perlahan-lahan saya lihat potensi perniagaan berkembang dan lebih serius memperkenalkan jenama My Haiza. Antara produk yang aktif dipromosikan adalah pewangi dan kuih tradisional cakar ayam.

"Saya juga mengusahakan Cafe Larut Malam di Johor yang diurus suami," katanya.

Haiza berkata, dia berniat menghasilkan produk kosmetik, suatu hari nanti.

"Saya memilih produk yang saya suka atau dekat dengan minat diri... Jadi ia lebih mudah untuk dipromosikan," katanya.

Berita Harian X