Jumaat, 13 April 2018 | 2:39pm
DAYANG Nurfaizah tampil dengan rambut paras bahu.
DAYANG Nurfaizah tampil dengan rambut paras bahu.
PENYANYI, Dayang Nurfaizah (kanan) bersama Hael Husaini pada pelancaran single Haram di The Gasket Alley. - Foto Nurul Shafina Jemenon
PENYANYI, Dayang Nurfaizah (kanan) bersama Hael Husaini pada pelancaran single Haram di The Gasket Alley. - Foto Nurul Shafina Jemenon
PENYANYI, Dayang Nurfaizah pada pelancaran single Haram di The Gasket Alley. - Foto Nurul Shafina Jemenon
PENYANYI, Dayang Nurfaizah pada pelancaran single Haram di The Gasket Alley. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Potong rambut selepas 10 tahun

KUALA LUMPUR: Demi mencari kelainan sempena tahun baharu, Dayang Nurfaizah tampil dengan rambut paras bahu selepas 10 tahun membiarkan mahkotanya itu panjang mengurai.

Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 35, memberitahu, dia teringin mencuba sesuatu yang berbeza dalam menata imej dan gaya tahun ini.

"Sudah lama saya berambut panjang, jadi saya mahukan kelainan. Kebanyakan wanita pasti berfikir banyak kali sebelum memotong rambut menjadi pendek.

"Tapi bagi saya, rambut tetap akan panjang. Cuma saya hanya berani potong rambut hingga paras bahu kerana rasanya tidak sesuai saya menggayakan fesyen rambut terlalu pendek.

"Ketika mula menyanyi dulu, saya pernah berambut pendek namun tidaklah terlalu pendek," katanya kepada BH Online.

Ketika tampil membuat persembahan pada sebuah acara anugerah pilihan peminat bersama Hael Husaini di ibu negara, Ahad lalu, Dayang tampil dengan imej segar berambut paras bahu.

Mengenai persembahannya bersama Hael mendendangkan lagu Haram pada acara itu, Dayang memberitahu:

"Saya bersetuju untuk berduet kerana sudah lama tidak menyanyikan lagu duet. Kali terakhir adalah pada 2010 bersama Marcell.

"Keserasian antara kami tidak sukar dicari... Ini kerana kami pernah bekerjasama. Hael mencipta single saya berjudul Dia," katanya.

Mengenai pemenang trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 itu, Dayang menyifatkan Hael insan berbakat besar.

"Banyak yang boleh diterokanya... Apa pun, saya dan Hael terbuka menerima kritikan. Apa saja perkara positif boleh dijadikan pedoman untuk masa depan," katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X