Sabtu, 28 April 2018 | 1:53pm
 ANTARA foto percutian keluarga yang dikongsi Nabila Huda di laman sosial Instagramnya.
ANTARA foto percutian keluarga yang dikongsi Nabila Huda di laman sosial Instagramnya.
 KEISHA Laila dan Nabila Huda.
KEISHA Laila dan Nabila Huda.
 BERT dan Keisha yang menyambung misi menawan Kinabalu.
BERT dan Keisha yang menyambung misi menawan Kinabalu.

Nabila bangga anak daki Gunung Kinabalu

KUALA LUMPUR: Biarpun gagal menawan puncak Gunung Kinabalu, kekecewaan pelakon, Nabila Huda, terubat apabila anaknya, Keisha Laila, 8, berjaya menikmati pengalaman berharga itu.

Bintang Tombiruo itu tidak menyangka, perancangan pada saat akhir berupaya membawa dirinya sekeluarga ke gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

"Saya tidak dapat meneruskan pendakian kerana mengalami serangan pada bahagian kepala. Ia berdenyut dengan kuat akibat ketinggian gunung, lalu dinasihatkan untuk berhenti ketika masih dalam pendakian. Menurut mereka yang lebih pakar, jika diteruskan ia boleh membawa maut.

"Jadi, hanya suami (Mohd Izwan Johar atau Bert) dan Keisha yang menyambung misi menawan Kinabalu. Alhamdulillah, Keisha menamatkan pendakian beberapa meter saja lagi dan ia kejayaan besar bagi kanak-kanak seusianya, manakala Bert berjaya sampai ke puncak.

"Pada mulanya, saya memandang remeh pendakian kali ini kerana pernah mendaki Annapurna di Nepal, tanpa latihan, tahun lalu. Namun, ternyata usaha mendaki Gunung Kinabalu memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal," katanya kepada BH Online.

 NABILA Huda bersama anaknya ketika bercuti di Sabah di laman sosial Instagramnya.
NABILA Huda bersama anaknya ketika bercuti di Sabah di laman sosial Instagramnya.

 ANTARA foto percutian keluarga yang dikongsi Nabila Huda di laman sosial Instagramnya.
ANTARA foto percutian keluarga yang dikongsi Nabila Huda di laman sosial Instagramnya.

Anak vokalis rock legenda, Amy Search, itu teruja kerana anak perempuannya berjaya meraih pelbagai pengalaman biarpun mereka cuma bercuti dalam negara.

Bermula dengan perancangan spontan untuk menonton konsert kumpulan Hujan di Sabah, Nabila berkata, mereka kini masih mempunyai masa untuk menyambung percutian itu.

"Kami tiga beranak mendapat idea untuk meneruskan percutian daripada maklum balas yang diberikan oleh peminat di media sosial.

"Syukur kerana ada pihak di Sabah yang teruja untuk membantu kami meneroka negeri ini. Malah, ada yang memberikan tajaan kenderaan untuk kami meneruskan pengembaraan.

"Kami berkhemah di kawasan yang mempunyai pemandangan indah, di hadapan Gunung Kinabalu. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata apabila berpeluang melihat keindahan ciptaan Allah ini," kata Nabila.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X