X
Sabtu, 26 Mei 2018 | 10:11am
FIZI Ali atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 29, berkahwin dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari lalu di Kuala Lumpur. - Foto: Nurul Syazana Rose Razman
FIZI Ali atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 29, berkahwin dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari lalu di Kuala Lumpur. - Foto: Nurul Syazana Rose Razman
PELAKON, Shakilla Khoriri, pada majlis tayangan drama bersiri, Air Mata di Bumi Matador, di Hulu Klang. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PELAKON, Shakilla Khoriri, pada majlis tayangan drama bersiri, Air Mata di Bumi Matador, di Hulu Klang. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Makin rajin ke dapur demi suami

KUALA LUMPUR: Biarpun kurang mahir di dapur, pelakon, Shakilla Khoriri, 29, mengakui lebih selesa memasak sendiri di rumah sejak 1 Ramadan lalu demi memenuhi permintaan suami.

Katanya, sejak mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu, dia dan suami, Fizi Ali, sememangnya jarang makan di luar andai tiada sebarang keperluan berbuat begitu.

"Bukanlah bermakna kami anti atau tidak suka makan di restoran mahupun gerai. Sesekali, memang kami gemar mencari tempat makan yang sedap sambil menghirup udara luar.

"Tetapi, mungkin disebabkan ketika bujang sudah biasa jamah lauk kedai, jadi sekarang apabila sudah berkahwin, saya semakin rajin ke dapur dan mencuba resipi kesukaan suami. Fizi pula jenis tidak cerewet.

"Cuma, memang sejak dulu saya tahu dia lebih pandai memasak, terutama lauk kampung yang sedap. Walaupun suami handal, saya tak boleh culas, tambahan pula inilah kali pertama kami berpuasa bersama," katanya.

Pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador itu berkata, jika tidak terikat dengan sebarang penggambaran, dia akan memastikan dapat menyediakan juadah sendiri.

"Biasanya, suami pun ringan tulang membantu mana yang patut. Kami sama-sama bangun awal untuk menyediakan hidangan sahur dan pada sebelah petang pula masak juadah berbuka," kata Shakilla.

Shakilla atau nama sebenarnya Nur Shakilla Mohamad Khoriri berkahwin dengan Fizi, 29, yang juga penyampai radio, pada 18 Februari lalu di ibu kota.

Menyentuh pengalaman julung kali menyambut Ramadan sebagai isteri, akui wanita ini, pada hari pertama puasa dirinya berasa agak sedih kerana tidak dapat bersama keluarga.

"Sudah tentu saya rindu suasana bersahur dan berbuka dengan keluarga. Meriah sebenarnya apabila semua dapat berkumpul. Jadi, sedih juga pada awal Ramadan lalu, tetapi suara emak di hujung talian mengubat perasaan itu," katanya lagi.

Berita Harian X