Isnin, 23 Julai 2018 | 4:34pm
Khalid Salleh atau lebih dikenali sebagai Wak Khalid. - Foto Surianie Mohd Hanif

Pelakon, pengarang Khalid Salleh meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarang terkemuka, Khalid Salleh, 70 atau lebih dikenali sebagai Wak Khalid meninggal dunia di Pusat Perubatan Ampang Puteri dekat sini, kira-kira jam 3.20 petang ini.

Pemergian seniman kelahiran Selangor itu disahkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Selain dikenali sebagai pelakon berwibawa hingga pernah dinobat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 di Taipei pada 1998 menerusi filem Jogho, beliau turut menghasilkan tiga buku yang diterbitkan ITBM.

Berita Harian X