Sabtu, 28 Julai 2018 | 9:10pm
BARISAN pelakon filem Pulang (depan) bergambar bersama peminat di Aman Central. - Foto Amran Hamid
BARISAN pelakon filem Pulang beramah mesra bersama peminat pada majlis Sesi Ramah Mesra di Aman Central. - Foto Amran Hamid
ERWIN Dawson menyampaikan baju kepada peminat bertuah pada majlis sesi ramah mesra di Aman Central. - Foto Amran Hamid
AZREL Ismail (kanan) beramah mesra dengan peminat. - Foto Amran Hamid
AZREL Ismail (kanan) bergambar bersama peminat. - Foto Amran Hamid
REMY Ishak bergambar dengan peminat. - Foto Amran Hamid

Pelakon filem Pulang bikin kejutan

ALOR SETAR: Barisan pelakon Pulang membuat kejutan buat penonton filem itu apabila tampil di dalam panggung wayang sebaik sahaja tamat tayangan di Golden Screen Cinemas (GSC) Aman Central, dekat sini.

Antara yang tampil membuat kejutan itu ialah pelakon utamanya, Remy Ishak dan Puteri Aishah selain Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Alvin Wong sebelum mereka disambut dengan sorakan penonton yang tidak menyangka kehadiran semua pelakon berkenaan.

Kejutan itu adalah sebahagian usaha mempromosikan filem terbitan Primeworks Studios sejak ia ditayangkan bermula Khamis lalu di lebih 80 pawagam di negara ini.

Selain membuat kejutan itu, semua pelakon berkenaan juga sempat meluangkan masa hampir satu jam bersama peminat dan menandatangani poster filem Pulang di pusat beli-belah terbabit.

REMY Ishak menyampaikan baju kepada peminat bertuah di Aman Central. - Foto Amran Hamid

AZREL Ismail (kanan) bergambar bersama peminat. - Foto Amran Hamid

PUTERI Aishah bergambar dengan peminat pada majlis sesi ramah mesra di Aman Central. - Foto Amran Hamid

Remy ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka sambutan yang diterima amat hebat apabila pihaknya dimaklumkan bahawa tayangan filem itu di GSC Aman Central mendapat sambutan menggalakkan sejak hari pertama ditayangkan.

"Terima kasih warga Alor Setar dan Kedah yang memberi sambutan amat menggalakkan dan ia bukan saja di sini namun di luar Kedah juga yang memberi sokongan buat filem ini.

"Mungkin kita akan pergi ke beberapa tempat lagi untuk sesi promosi filem ini selain di Kedah dan Kuala Lumpur...kami akan beritahu peminat melalui media sosial kami nanti, " katanya.

Dia berkata, sebagai salah seorang pelakon utama dalam filem yang mengangkat kisah benar ini, besar harapannya supaya peminat tidak melepaskan peluang menonton kerana Pulang adalah naskhah luar biasa kerana ia mengangkat martabat seni tempatan ke aras lebih tinggi.

Sementara itu, Puteri pula berkata, dia berasa sangat teruja dan bersyukur kerana susah-payah dirinya bersama barisan pelakon lain menjayakan Pulang berbaloi dengan sambutan diterima peminat.

"Tak sangka sangat panggung yang tayangkan filem ini 'full house' di ,Kedah malah saya dimaklumkan ia juga 'trending' di Twitter, bukan senang filem Melayu nak 'trending' di laman sosial itu.

"Peminat seni wajib menonton filem ini kerana ada tiga sebab, pertama kerana ia menyajikan jalan cerita yang menarik, sinematografi juga cantik selain 80 peratus daripada filem ini menggunakan CGI (imej janaan berkomputer)," katanya.

Berita Harian X