Ahad, 2 September 2018 | 6:29pm
MUHAMMAD Faris Khairol Anuar.
IDENTITI Faris menjadi buruan netizen sebaik sahaja berota pertunangannya dengan Elfira tersebar di laman sosial.

Elfira pilih Pengurus Besar sebagai bakal suami

KUALA LUMPUR: Berita pertunangan pengacara dan pelakon, Elfira Loy, pagi tadi mengejutkan banyak pihak, apatah lagi isu putus tunang dengan penyanyi, Sufian Suhaimi pada 18 Februari lalu masih lagi diperkatakan.

Menurut sumber terdekat, majlis merisik dan bertunang itu berlangsung secara tertutup di kediaman pelakon itu di Alam Damai, di sini, jam 10 pagi dengan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Difahamkan, jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Faris Khairol Anuar itu bertugas sebagai Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota.

Sumber turut memaklumkan, pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan, namun tarikhnya masih belum ditetapkan.

Elfira yang dihubungi bagi mengesahkan perkara itu memilih untuk tidak mengulasnya, sebaliknya hanya memberi bayangan dirinya sedang dilamun bahagia menerusi Insta Story di Instagram apabila memuat naik gambar bentuk hati, 10 jam lalu.


ELFIRA memuat naik gambar bentuk hati di Insta Story, Instagram milikya. - Foto Instagram Elfira

IDENTITI Faris mula dihidu beberapa bulan lalu apabila Elfira memuat naik foto bersama. - Foto Instagram Elfira

Sebelum ini, hubungan Elfira, 24, dan jejaka itu mula dihidu apabila dia memuat naik gambar bersama seorang lelaki pada 19 Ogos lalu berserta kapsyen: ‘Buang kebencian, lahirlah kebahagiaan’, seterusnya mencetuskan andaian dia sedang dilamun cinta.

Efira bagaimanapun ketika ditanya mengenai lelaki itu enggan memberikan sebarang kenyataan, malah menafikan cuba melakukan gimik untuk menarik perhatian.

Sebelum ini, Elfira bertunang dengan Sufian pada 6 Oktober tahun lalu, namun berpisah pada 18 Februari lalu.

Spekulasi status pertunangan mereka mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Berita Harian X