Sabtu, 15 Disember 2018 | 1:22pm
PELAKON, Nabila Huda, bakal membintangi filem seram dan cemas berjudul M4M4. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
NABILA bersama gandingannya dalam M4M4, Faizal Hussein, pada majlis doa selamat dan pelancaran filem berkenaan di Kuala Lumpur. - NSTP/Mohd Shahril Badri Saali

Nabila sekat anak di laman sosial

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda, berkongsi cerita lucu apabila mengaku terpaksa menyekat anaknya, Keisha Laila, daripada mengikuti akaun Instagramnya.

Menurut Nabila atau nama lengkapnya Nabila Huda Suhaimi, 34, dia berbuat demikian bagi menjaga hati anak tunggalnya itu apabila pergi bercuti ke luar negara tanpa membawanya bersama.

“Kalau dia tahu saya bercuti ke luar negara bersama suami, mesti dia akan cemburu. Jadi, saya sekat dia daripada mengikuti Instagram (IG) saya, termasuk IG Story. Saya tidak mahu dia melihat foto percutian kami.

“Kalau Keisha ada bersama, susahlah kerana dia memang tidak boleh tengok kami berdua bermesra. Bayangkan, kami nak jalan berpegangan tangan pun tak boleh.

“Selalunya kalau Keisha ada bersama, saya dan suami hanya akan boleh ‘berdating’ selepas jam 12 tengah malam. Berikutan itu, kadang-kadang kalau ada urusan kerja pada awal pagi, pasti akan terlewat sebab tidur lambat,” cerita Nabila kepada BH Online sambil tertawa.

NABILA dan anak perempuannya, Keisha Laila. - Foto Instagram Nabila

Bagaimanapun, kata pemenang kategori Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-27 itu, sekatan berkenaan hanya bersifat sementara.

“Saya kena muat naik gambar banyak-banyak selepas ini sehinggalah foto percutian kami tidak lagi kelihatan. Hanya selepas itu barulah sekatan akan dibuka. Kalau tidak, mesti dia akan tanya macam-macam soalan,” kata pelakon Dendam Aurora ini ketika ditemui pada majlis pelancaran filem seram lakonannya, M4M4, di sini.

KENANGAN Nabila dan suami ketika bercuti di Norway, baru-baru ini. - Foto Instagram Nabila

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dua beranak ini di IG Nabila, iaitu @kupu-kupu, pasti masing-masing mengetahui sifat cemburu Keisha, 8, yang sering berebut kasih sayang ayah tirinya yang dipanggil Abi.

Terdahulu, Nabila dan suaminya, Mohd Izwan Johar, 35, baru saja pulang bercuti dari Eropah. Dalam percutian kali ini, mereka turut singgah di Norway, iaitu antara destinasi idamannya.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X