Khamis, 27 Disember 2018 | 1:47pm
RAJA Ilya bernikah dalam majlis tertutup di kediaman saudara suaminya di Perth pada 23 Disember lalu. - Foto IG Raja Ilya
BARU diijabkabulkan, Raja Ilya bakal menyambung penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Perth. - Foto IG Raja Ilya

Raja Ilya nikah jejaka Australia 23 Disember lalu

KUALA LUMPUR: Pelakon Raja Ilya, 33, sah menjadi isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37, pada 23 Disember lalu.

Ilya berkata, majlis pernikahannya diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan rapat sahaja.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Saya berharap jodoh kami kekal selamanya," katanya.

Ilya berkata, dia masih sibuk dengan jadual penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 yang akan disambung di Perth, bulan depan.

Katanya, jika ada rezeki, dia tidak menolak untuk mengadakan majlis resepsi di ibu negara, namun bergantung kepada kelapangan suaminya yang juga ahli perniagaan.

“Ia umpama mimpi yang menjadi kenyataan, terutama selepas melalui pengalaman hidup yang mencabar sejak beberapa tahun lalu.

“Alhamdulillah, Allah mempertemukan saya dengan lelaki yang menerima saya seadanya dan terima kasih atas doa serta sokongan yang diberikan,” katanya.

Berita Harian X