Ahad, 17 March 2019 | 4:40pm
Syamsul dan isteri, Puteri Sarah menyambut kelahiran Sumayyah, petang semalam. Foto IG Syamsul Yusof

Sumayyah anugerah buat Syamsul, Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: Pengarah filem, Syamsul Yusof dan isteri, Puteri Sarah Liyana menamakan cahaya mata kedua yang dilahirkan semalam, dengan nama Sumayyah.

Puteri Sarah selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram itu di sebuah pusat perubatan, di sini, pada jam 3.30 petang.

Syamsul mengucapkan rasa syukur atas kelahiran ahli keluarga baharu yang disifatkan sebagai rezeki.

“Alhamdulillah, syukur... Maha Suci Allah pemberi rezeki. Terima kasih atas ucapan tahniah dan mereka yang mendoakan.

“Anak kedua kami selamat dilahirkan pada jam 3.30 petang tadi (semalam). Kali ini, kami namakan anak kami, Sumayyah Binti Mohd Syamsul," kata pengarah Munafik itu.

Melalui perkongsian di Instagram (IG), Syamsul memuat naik foto bayi comel itu.

Sementara itu, Puteri Sarah memberitahu, nama untuk anak kedua mereka itu ringkas tetapi penuh bermakna.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 itu memiliki anak lelaki, Syaikul Islam yang berusia dua tahun.

Berita Harian X